PENGENALAN SYARIKAT
Zaliza Food Industries telah ditubuhkan pada 29 Jun 2006. Kami adalah syarikat bumiputera yang menjalankan aktiviti membuat, membekal dan memasarkan produk minuman air soya yang berperisa seperti soya asli, soya jagung,soya bandung serta asam jawa dan asam boi.
Matlamat penubuhan Zaliza Food Industries ialah ingin menjadi sebahagian daripada syarikat bumiputera yang berdaya saing dan terbaik dalam memberi perkhidmatan membekal sebelum dan selepas jualan. Adalah menjadi pinsip kami untuk mengutamakan kehendak pelanggan di samping menjaga hubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak yang memberi dan menerima.
Pada peringkat permulaan, Zaliza Food Industries hanya membuat dan memasarkan produk mimuman berasakan kacang soya sahaja dan dijual di pasar malam. Dan kilang untuk memproses kacang soya ini terletak di Duyong. Atas kegigihan dan berpotensi yang ada, kami telah membotolkan air kacang soya tersebut dan telah membuka satu lagi cawangan di Telok Emas. Dengan bantuan teknologi yang sedia ada, kami dapat mengahasilkan soya yang lebih tahan lama dan produk ini tiada sebarang bahan pengawet. Setelah beberapa tahun kemudian, dengan usaha yang telah dilakukan kami telah mengambil alih sebuah syarikat yang memproses air minuman asam jawa, asam boi dan air berkarbonat dari syarikat "Lestari Manufacturing". Bagi kilang yang terletak di Duyong, kilang tersebut masih lagi beroperasi dan merupakan kilang utama.Selain itu kilang tersebut menghasilkan lagi pelbagai jenis minuman. Antaranya, air berperisa longan, nenas, dan cincau,
Kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan seperti Sirim, Mardi, Jabatan Pertanian dan Fama, syarikat kami berupaya manghasilkan produk yang berkualiti kepada pelanggan. Kami akan berusaha untuk memenuhi segala keperluan dan pesanan pelanggan dan dapat memberikan khidmat berterusan kepada pelanggan dengan lebih baik.
VISI & MISI SYARIKAT
Memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan. Selain itu , syarikat ini mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih terjamin dan berkualiti.
Misi Zaliza Food Industries adalah untuk mengeluarkan dan membekal produk minuman yang menepati citarasa tempatan dan antarabangsa.
Pm sy 0148009825
ReplyDelete